PROPOSAL DEFENCE OLEH PELAJAR PASCA SISWAZAH FAKULTI BIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (FBKT)

JELI 21 Januari 2020 | Jabatan Teknologi Tenaga, Mineral dan Bahan telah menganjurkan Proposal Defence untuk pelajar pasca siswazah FBKT di bilik seminar Lansium (BK5) UMK Kampus Jeli. Proposal Defence merupakan acara tahunan setiap fakulti di UMK sebagai keperluan memenuhi kemajuan dan perkembangan prestasi pelajar pasca siswazah FBKT. Proposal Defence ini bertujuan untuk memantau prestasi dan halatuju pelajar pasca siswazah disamping meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menjalankan penyelidikan mengikut etika yang betul yang ditetapkan oleh Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UMK.

Program telah berjalan dengan lancar yang mana 14 pelajar pascasiswazah FBKT telah membentangkan proposal penyelidikan masing-masing berdasarkan garispanduan yang ditetapkan oleh Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UMK. Program ini turut melibatkan penyertaan pensyarah dan staf FBKT serta fakulti lain sebagai panel penilai dan pemerhati. Pada akhir program tersebut, pelajar telah menerima input/cadangan dan komen yang berguna ke arah peningkatan kualiti penyelidikan, inovasi dan penerbitan pelajar pascasiswazah FBKT.

Artikel dan Foto: Dr. Mohamad Bashree Bin Abu Bakar